awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Meteorologi jangka tiada hujan lebat sepanjang minggu ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/12/2021
10:32 MYT
Jabatan Meteorologi jangka tiada hujan lebat sepanjang minggu ini
Keadaan cuaca dijangka lebih baik sepanjang minggu ini di seluruh negara, kata Jabatan Meteorologi Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan tiada amaran hujan lebat yang berterusan sepanjang minggu ini di seluruh negara.
Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, amaran hujan lebat peringkat bahaya yang telah dikeluarkan sebelum ini membabitkan bahagian pantai barat juga telah ditamatkan malam tadi.
“Setakat ini tiada amaran berperingkat dan pemantauan kami menunjukkan hampir kebanyakan kawasan di seluruh negara akan menghadapi kurang hujan yang dicatatkan.
“Kami juga tidak menjangkakan akan berlakunya episod hujan lebat seperti mana yang berlaku sebelum ini dalam tempoh terdekat ini ataupun sepanjang minggu ini,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Setakat ini juga, kata beliau, belum ada sebarang tanda-tanda awal bahawa hujan lebat berterusan akan kembali dalam tempoh tersebut sehingga memerlukan pengeluaran amaran bahaya oleh MET Malaysia.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Malaysia
#MET
#meteorologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan