MELAKA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka sedang memantau isu keciciran murid sekolah di negeri itu dalam tempoh penularan pandemik COVID-19 walaupun kadar keciciran di seluruh negara dalam tempoh dua tahun hingga Julai lepas dilaporkan lebih rendah berbanding 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata langkah itu bagi memastikan murid terlibat dapat dibantu dalam pelbagai aspek termasuk bantuan persekolahan agar mereka dapat memulakan sesi persekolahan baharu tahun hadapan.
"Dalam tempoh penularan COVID-19, ramai ibu bapa terjejas, hilang pekerjaan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi keluarga namun kesusahan dihadapi bukan alasan untuk memberhentikan anak mereka daripada bersekolah.
"Justeru, saya sedang memantau perkembangan isu ini dan jika berlaku, saya berharap aduan segera dapat dilakukan pihak tertentu terus kepada saya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), JPN atau pihak sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dataran As Solihin dan Majlis Maulid Akbar di Paya Rumput di sini malam tadi.
Isnin lepas, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon dilaporkan berkata kadar keciciran murid sekolah ketika pandemik COVID-19 bagi tempoh dua tahun hingga Julai lepas lebih rendah, berbanding keciciran pada 2018.
Mah berkata berdasarkan data Kementerian Pendidikan (KPM) sebanyak 34,074 murid berhenti sekolah pada 2018, berbanding 21,316 murid bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai tahun ini.
Mengulas lanjut, Rais berkata kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan dan peruntukan untuk membantu murid dan ibu bapa yang terkesan akibat penularan COVID-19 bagi meringankan beban dihadapi mereka.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Bajet 2022 negeri Melaka yang akan dibentangkan pada Persidangan Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 hujung bulan ini diharap memberi fokus pada pembangunan modal insan murid agar tidak berlaku isu keciciran disebabkan faktor lain antaranya murid kurang minat belajar.
"Aspek pembangunan murid adalah amat penting selain daripada pembangunan struktur sekolah atau sebagainya dan saya berharap aspek ini akan diberi keutamaan," katanya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu berkata kira-kira RM2.5 juta diperlukan bagi menaik taraf Masjid As Solihin di Paya Rumput di sini.
Katanya sehingga kini, pihak pengurusan masjid berkenaan telah berjaya mengutip dana berjumlah RM700,000 daripada pelbagai pihak bagi melaksanakan projek tersebut dan orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan berkenaan boleh berhubung dengan pengurusan masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021

Rais berkata kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan dan peruntukan untuk membantu murid dan ibu bapa yang terkesan akibat penularan COVID-19 bagi meringankan beban dihadapi mereka. - Gambar hiasan

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah
Langkah itu bagi memastikan murid terlibat dapat dibantu dalam pelbagai aspek.

JPN Melaka siasat dakwaan sekolah paksa ibu bapa beli kerusi, meja
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka melakukan siasatan dakwaan ibu bapa dipaksa membeli kerusi dan meja untuk sesi persekolahan anak mereka.