KAJANG: Jabatan Penjara akan memperkasakan lagi program dan sistem kendaliannya sebagai usaha menangani isu kesesakan di dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata pemerkasaan itu termasuk Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib, Pelepasan Banduan Secara Lesen, Program Reintegrasi Penghuni dan Program Pemulihan Pemasyarakatan.
"Menerusi program dan sistem ini, banduan akan menjalani latihan pekerjaan dalam sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan di luar penjara dengan menikmati insentif gaji setaraf pekerja lain.
"Selain itu, mewujudkan Pusat Koreksional Komuniti menggunakan asrama-asrama yang disediakan oleh majikan bagi penempatan Orang Diparol, Orang Bebas Berlesen dan Orang Diselia. Inisiatif ini sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan dan membolehkan banduan terus bekerja sebaik sahaja mereka dibebaskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 yang bertemakan "Reformasi ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan" di Maktab Penjara Kajang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini, sebanyak 79,131 penghuni telah ditempatkan di 93 institusi di bawah pengurusan Jabatan Penjara di seluruh negara dan jumlah itu melebihi 11.2 peratus atau 7,312 penghuni daripada jumlah keseluruhan kapasiti iaitu 65,762 penghuni.
Saifuddin Nasution berkata selain itu, kementerian juga mengambil pendekatan memindahkan banduan dari penjara sesak ke penjara yang kurang sesak sebagai langkah menangani isu kesesakan di dalam penjara.
"Sekiranya ada peruntukan, kita boleh bina penjara baharu selain mengambil pendekatan menaik taraf penjara-penjara lama seperti Penjara Taiping, Perak; Penjara Alor Setar, Kedah dan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan untuk meningkatkan kapasiti jumlah penghuni," katanya.
Terdahulu, Sambutan Hari Penjara yang disambut hari ini adalah untuk menghargai kakitangan serta orang ramai yang telah menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Jabatan Penjara akan memperkasakan lagi program dan sistem kendaliannya sebagai usaha menangani isu kesesakan di dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto Facebook/Saifuddin Nasution Ismail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuai atau tidak patuh prosedur semasa melaksanakan tugas.
Lapan penjara berusia lebih 100 tahun, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu
Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.