awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari

Bernama
Bernama
19/09/2024
22:45 MYT
Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan jabatan itu tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan pematuhan kepada prosedur semasa melaksanakan tugas.
"Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia meminta kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 dan jabatan memohon maaf atas segala kesulitan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan pencarian dan hingga kini usaha mencari banduan itu sedang dipergiatkan serta diperluaskan ke kawasan lain.
Pada Rabu, Bernama melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di hospital berkenaan melarikan diri pada 3.56 petang.
Menurut laporan itu, polis menerima maklumat daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#banduan lari
#Hospital Sungai Buloh
#Jabatan Penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan