KUALA BERANG: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan pantas dengan menghentikan sementara aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Kenyir dekat sini, yang didakwa menjadi punca aliran Air Terjun Sungai Lasir bertukar keruh.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu Sulaiman Sulong berkata difahamkan, aktiviti pembalakan di kawasan kira-kira empat kilometer dari hulu Sungai Lasir itu telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran berkenaan dilaporkan dalam akhbar dan laman sosial.
Beliau berkata operasi tersebut akan dihentikan sehingga aliran air terjun yang menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Tasik Kenyir kembali jernih.
"Pihak Jabatan Perhutanan telah ambil tindakan-tindakan alternatif dengan segera bagi memastikan pembalakan yang berlaku di sekitar empat kilometer dari hulu Sungai Lasir dapat dihalang atau diminimumkan.
"Pada masa yang sama, faktor hujan lebat juga dipercayai mengakibatkan berlakunya air keruh dan berkeladak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus jurupandu Taman Geo di Tasik Kenyir petang semalam.
BACA: Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Sulaiman mengulas mengenai laporan akhbar semalam yang mendakwa Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir 'indah khabar dari rupa' kerana air keruh dan berkeladak, dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan semalam dilaporkan berkata isu air berkeladak di Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukanlah kerana aktiviti pembalakan.
Beliau dipetik sebagai berkata semua aktiviti berkaitan perhutanan dan pembalakan mempunyai syarat-syarat khusus termasuk penentuan jarak bersesuaian antara kawasan pembalakan dengan gigi air bagi mengelak pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Sulaiman (dua, kiri) meluangkan masa melihat kertas kerja pembelajaran peserta pada Majlis Penutup Program Latihan Reskill dan Upskill Ekopelancongan, Kursus Asas Jurupandu di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir semalam. --fotoBERNAMA
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.
Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
Pengusaha bot laju kesal khabar angin konon Empangan Kenyir pecah
Ia susulan penularan berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.
Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.
Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.
Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.
Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.
Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.
TNB jangka Stesen Janakuasa Sultan Mahmud kembali beroperasi hujung tahun ini
SJSM dihenti tugas sementara berikutan menara penghantaran voltan tinggi 132kV tumbang pada 27 Februari 2022.