awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perhutanan Kelantan akan buat laporan bawah Akta Antiberita Tidak Benar terhadap Husam

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
16/04/2018
07:45 MYT
Jabatan Perhutanan Kelantan akan buat laporan bawah Akta Antiberita Tidak Benar terhadap Husam
Husam (kanan) telah menghantar satu notis kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menggesa agar tidak mengeluarkan sebarang kelulusan baru kawasan pembalakan dalam mesyuarat berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan akan membuat satu laporan polis mengenai berita palsu di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung dakwaan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa.
Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan Husam itu kerana ianya merupakan satu dakwaan tidak benar.
Katanya, dakwaan bahawa ada kelulusan baharu kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan yang diadakan pagi tadi tidak benar sebaliknya hanya melibatkan pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
Selain itu, tegas Zahari lagi, mesyuarat berkenaan turut mengesah dan melaksanakan keputusan dari mesyuarat lepas, menimbang permohonan industri pemprosesan kayu negeri Kelantan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan pemuliharaan hutan.
Katanya, kerajaan negeri menegaskan masih mengekalkan rekod tidak pernah memberikan kelulusan kawasan baru pembalakan terutama melibatkan penubuhan ladang hutan dan hutan simpan kekal sejak dari tahun 2013 lagi.
Husam pagi tadi menghantar satu notis kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menggesa agar tidak mengeluarkan sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan dalam mesyuarat berkenaan.
Husam yang berkunjung ke pejabat Ahmad menyerahkan surat kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Shamsul Abu Bakar selepas hajatnya untuk menemui Ahmad tidak berhasil sewaktu mesyuarat berkenaan berlangsung.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Husam Musa
#Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
#Pakatan Harapan
#Shamsul Abu Bakar
#Zahari Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan