KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu digesa memperhebat penguatkuasaan bagi mengekang penggunaan peralatan menangkap ikan yang melanggar undang-undang kerana ia menjadi satu daripada punca utama kematian penyu di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu terutama disebabkan terperangkap dalam pukat nelayan tidak berulang.
"Saya sudah arahkan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk melipatgandakan penguatkuasaan malah saya sendiri pernah turun ke laut ikut serta dalam operasi penguatkuasaan.
"Kerajaan negeri sangat tegas dalam perkara ini, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan menyalahi peraturan patut dihukum," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Difahamkan, sejak awal tahun ini, sebanyak 26 kes kematian penyu dilaporkan di Terengganu dengan spesies tertinggi ialah penyu agar.
Hasil kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang mendapati 45 peratus kematian penyu adalah akibat tersangkut pada pukat pari, 38 peratus terperangkap dalam pukat tunda dan bakinya disebabkan terkena kipas enjin bot dan termakan plastik.
Penggunaan saiz mata pukat yang dibenarkan Jabatan Perikanan Malaysia tidak boleh melebihi 25 sentimeter (10 inci), namun masih ramai nelayan tidak mengikut spesifikasi tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi berkata selain tindakan penguatkuasaan, program meningkatkan kesedaran dalam kalangan nelayan perlu sentiasa diadakan.
Ditanya mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi memastikan spesies haiwan marin terancam itu dilindungi, Dr Azman berkata sebanyak RM846,000 telah disalurkan untuk aktiviti pemuliharaan sepanjang tahun lepas dengan RM630,000 daripadanya daripada kerajaan negeri manakala bakinya daripada kerajaan pusat.
"Peruntukan ini merangkumi kos pengurusan dan pembangunan seperti bayaran upah pekerja, pembaikan kecil hatcheri, program gotong-royong, menyelenggara kemudahan di pusat santuari serta menaik taraf rumah pekerja di pusat pemuliharaan penyu," katanya.
Menurut Dr Azman, kerajaan negeri sangat serius dalam usaha pemuliharaan penyu dan ia juga dibuktikan melalui langkah mengharamkan penjualan telur penyu dan tuntung laut di negeri ini bermula 1 Jun depan.
"Kerana sayangkan penyu, kerajaan negeri pinda Enakmen Penyu 1951 dan pelbagai kempen kesedaran telah dibuat. Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk peniaga supaya tidak menjual manakala peminatnya tidak makan lagi telur penyu," katanya.
Beliau berkata dengan pelbagai inisiatif dan peningkatan penguatkuasaan terhadap haiwan itu, diharapkan ikon pelancongan Terengganu tersebut mampu bertahan untuk warisan generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Sejak awal tahun ini, sebanyak 26 kes kematian penyu dilaporkan di Terengganu dengan spesies tertinggi ialah penyu agar. - Foto fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Empat penemuan anak penyu berkepala dua
Setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.
Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.
Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat
Terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.
Penyu agar betina ditemui mati di perairan Pulau Kapas, dipercayai dibunuh
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.
Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini
Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.
Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.
Anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu
Seekor anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu di sini hari ini, dalam keadaan lemah.
Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Suri rumah yang menemukan bangkai penyu tersebut berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Terengganu
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.