KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menyifatkan tugas paling mencabar sepanjang 40 tahun kerjayanya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah apabila memikul amanah sebagai Datuk Bandar.
Mahadi, 64, yang tamat perkhidmatan pada 31 Mac lepas, menyifatkan jawatan itu sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.
"Sehingga hari ini, hampir dua pertiga kehidupan saya dihabiskan untuk berbakti kepada seluruh penduduk di ibu kota. Tidak asing lagi bagi saya, sejarah pembangunan setiap pelusuk di Kuala Lumpur ini, sesungguhnya akan terus kekal di dalam ingatan saya," katanya ketika berucap dalam sesi Lambaian Kasih Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13, di sini, hari ini.
Menurutnya pelbagai cabaran telah dilalui sepanjang tempoh dua setengah tahun perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar namun telah dapat diatasinya dengan baik.
"Ibu kota kini tidak lagi mengalami banjir kilat atau masalah air bertakung yang mengganggu lalu lintas dan kehidupan harian penduduk.
"Kita juga berjaya mengekang kesesakan lalu lintas selain berjaya mengadakan banyak program meningkatkan capacity building pegawai dan kakitangan DBKL, dengan usaha sama beberapa agensi dari dalam dan luar negara," katanya.
Mahadi berkata DBKL juga berjaya memperkasakan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia di persada antarabangsa.
"Melalui kerjasama dengan Tokyo, Kuala Lumpur telah berjaya meraih pengiktirafan gemilang anugerah C40 Cities Bloomberg Award selain turut dipilih mewakili Datuk-Datuk Bandar di seluruh Asia Pasifik di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, dalam High Level Meeting for the Implementation of the New Urban Agenda.
"DBKL juga telah dipilih oleh Global Covenant of Mayors (for Climate and Energy) (GCoM) untuk berkongsi pengalaman dalam menangani perubahan iklim di Alpbach, Austria, yang turut dihadiri Datuk-Datuk Bandar dari seluruh Eropah," katanya.
Mengenai Datuk Bandar baharu Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang mengambil alih jawatannya, Mahadi berkata beliau yakin Datuk Bandar baharu akan memacu pentadbiran dan tata kelola DBKL dengan baik bagi memastikan penduduk di ibu kota terus memberi kepercayaan kepada DBKL.
Terdahulu Mahadi menyerahkan tugasnya kepada Kamarulzaman dalam majlis khas yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin.
Pada 13 April, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Kamarulzaman sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 14 Ogos 2024.
Kamarulzaman, 59, bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan bandar raya Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh (kiri) menerima dokumen pelantikan beliau daripada Datuk Seri Mahadi Che Ngah (kanan) pada majlis serah tugas di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
DBKL peruntuk RM2.66 bilion untuk Belanjawan 2024
DBKL memperuntukkan sebanyak RM2.66 bilion bagi Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan dan kemakmuran warga kota.
DBKL adakan 6 sesi libat urus bagi pindaan draf PSKL2040
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan enam sesi libat urus pindaan draf Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040) bersama orang awam dan pihak berkepentingan.
Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur tugas paling mencabar - Mahadi
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menyifatkan tugas paling mencabar sepanjang 40 tahun kerjayanya dengan DBKL ialah apabila memikul amanah sebagai Datuk Bandar.
DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.
210,000 mengunjungi Bazar Aidilfitri Lorong TAR sejak 9 April lepas
Jumlah pengunjung harian tertinggi direkodkan pula adalah pada 17 April (Ahad) lepas iaitu seramai 21,600 orang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kontrak Datuk Bandar KL, Presiden PPj tamat hari ini - Annuar
Annuar Musa berkata keputusan memperbaharui kontrak bagi kedua-dua jawatan itu bagaimanapun akan dibuat mengikut keperluan melalui prosedur tertentu.
Premis perniagaan perlu patuhi jarak sosial satu meter - Datuk Bandar KL
Semua dikehendaki mematuhi jarak sosial satu meter sehingga 31 Mac ini.
Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu
Selain penambahbaikan fasiliti, beberapa tarikan baharu turut dibina buat warga kota yang ingin meluangkan hujung minggu bersama keluarga.
Peniaga bazar ramadan Danau Kota perlu mohon lesen dalam talian
Peniaga-peniaga Bazar Ramadan Danau Kota dibenarkan beroperasi tahun ini namun dengan syarat membuat permohonan secara dalam talian tanpa melibatkan pihak ketiga, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk