Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menjadikan Aidiladha kali ini sebagai satu titik tolak untuk terus bermotivasi dan komited dalam meningkatkan mutu serta nilai pengorbanan.
Perdana menteri berkata mereka semestinya mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam al-Quran yang turut menyentuh soal kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.
"Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan," katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha melalui catatanlaman blog www.najibrazak.com.
Najib menekankan bahawa ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi ia juga meletakkan ke dalam jiwa tentang sejauh mana pengorbanan yang perlu dilakukan kepada agama Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan sehingga mampu mengetepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi.
"Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita dipelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberi inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negara tercinta ini," katanya.
Najib sekali gus mengajak masyarakat untuk bersama-sama berjuang dan berkorban untuk membina masa depan negara yang lebih maju dan progresif sebagai sebuah negara Islam berteraskan maqasid syariah.
Perdana menteri seterusnya berkata beliau dan keluarga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah itu dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.
"Bagi mereka yang lain, marilah kita menyertai para Hujjaj dengan doa restu, takbir, tahmid dan tahlil di samping melaksanakan ibadah korban dengan menghayati roh pensyariatannya.
"Tidak lupa juga marilah kita sama-sama mengambil peluang hari-hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang bertambah dan berterusan bagi negara kita yang tercinta," kata Najib.
Umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha esok.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusan Aidiladhanya menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk mendepani kekangan, permasalahan dan cabaran dihadapi dengan penuh cekal.
Mengambil contoh pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail, Ahmad Zahid berkata pengorbanan yang dibuat bukan sekadar kerana perintah Allah SWT, tetapi hikmah yang harus difahami - bagaimana pengorbanan, walau nyawa dan jiwa raga sekalipun, harus dilakukan demi kepentingan agama.
"Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan untuk agama adalah dibuat untuk memperkasakan dan perkukuh agama bukan untuk meruntuhkan agama.
"Saya ingatkan diri saya dan semua bahawa demi agama hentikan perbezaan di kalangan kita, demi agama mesti kita berkorban untuk tentukan bahawa kesyumulan agama itu terus kita pertahankan dan perkasakan," katanya dalam ucapan sempena sambutan Aidiladha menerusi laman Youtube.
Beliau turut merakamkan ucapan Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Bernama
Sun Sep 11 2016
Kita juga sama-sama perlu mendoakan agar jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah itu dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur. - Foto AFP
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.