NATIONAL
Jadikan Masjid MADANI pusat komuniti setempat - PM Anwar

Anwar menerima memento daripada keluarga Jakel ketika Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan harapan agar Masjid MADANI yang akan dibina berdekatan Jalan Masjid India dapat berfungsi sebagai pusat komuniti setempat untuk umat Islam dan warga kota.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Masjid MADANI akan berfungsi sebagai pusat komuniti untuk umat Islam dan warga kota.
- Masjid ini akan mempunyai ruang budaya, seni, perpustakaan, dan dewan persidangan untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat umum.
- Masjid setinggi empat tingkat ini dijangka siap pada 2027 dan mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu masa.
"Sebab itu saya usulkan supaya ada ruang perpustakaan, dewan persidangan, seni dan budaya untuk perkenal Islam di mata awam," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Madani milik kumpulan Jakel di Jalan Bunus, pada Khamis.
Masjid setinggi empat tingkat itu dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi dan dijangka siap pada 2027.
Masjid itu dijangka mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu masa termasuk 592 jemaah di ruang solat utama di tingkat satu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pembinaan masjid itu dibuat atas hasrat Allahyarham bapanya selain mengambil kira keperluan setempat yang mengalami masalah kesesakan teruk terutama sekali dalam menampung jemaah semasa solat Jumaat dan Hari Raya.
"Masjid ini akan memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan sekitar dengan menyediakan kemudahan tempat ibadah yang lebih selesa dan teratur," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami