SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap tindakan komediri Jocelyn Chia yang menggunakan tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370 sebagai satu bahan jenaka adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
"Apa yang dinyatakan pelawak itu adalah satu kenyataan yang biadab, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan kerana menggunakan tragedi itu sebagai bahan lawak. Tragedi itu membabitkan lebih 200 nyawa dan tiada manusia lain yang akan melakukan perkara sebegitu," katanya.
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.
"Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan saya lihat pihak Singapura telah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara itu tidak dijadikan sebagai isu yang boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara," katanya kepada media di sini hari ini.
Loke berkata demikian susulan kontroversi jenaka memperlekehkan Malaysia yang dibuat oleh Chia termasuk mengenai tragedi Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan membandingkan kemajuan antara Malaysia dan Singapura.
Malah katanya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon juga dengan segera mengeluarkan kenyataan semalam menyatakan kekesalan dan permohonan maaf atas perkara tersebut serta mengkritik lawak yang dipersembahkan wanita itu.
Katanya walaupun Chia mengganggap itu sebagai jenaka, namun Loke berkata setiap jenaka perlu ada batasnya dan sepatutnya tidak menggunakan sesuatu tragedi untuk dijadikan bahan lawak.
"Perkara ini sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk pelawak di negara kita dan kita mengalu-alukan komediri namun kita tidak boleh jadikan tragedi dan hubungan negara sebagai bahan jenaka," katanya.
Terdahulu, Loke menyaksikan penganugerahan Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelepasan kapal dan kargo di pelabuhan, operator terminal dan pemain industri untuk bekerjasama membanteras rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Loke berkata, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran. -Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

PM dijangka buat pengumuman penting berhubung ekonomi negara - Anthony
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berkaitan ekonomi negara petang ini.

Anthony Loke sumbang RM200,000 setahun kepada 10 SJKC di Terengganu
Bantuan itu mula disalurkan selepas menerima keluhan masyarakat Cina di Terengganu semasa kempen PRN lepas.

PRK Kemaman: Pas ketandusan isu, kerjasama DAP, BN tiada masalah - Anthony Loke
Hakikatnya, pemimpin dan penyokong BN dan DAP tiada masalah menjayakan kempen bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRK Kemaman.

AFAFGIT mula 1 Jan depan
Pelaksanaan AFAFGIT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula setelah penyertaan Brunei, Indonesia dan Filipina dalam ACTS.

Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang
Kerajaan akan memanfaatkan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' industri pelancongan Pulau Pinang.

Berjauhan dengan keluarga, faktor warga tempatan kurang ceburi bidang perkapalan
Loke berkata, perkara itu menyebabkan sektor pelabuhan dan logistik terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.

Pemulihan industri penerbangan: Hampir 400,000 perjalanan direkod sejak Januari - MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, angka itu menunjukkan pemulihan penerbangan adalah pada kadar 74.1 peratus.

Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu
SKS Airways merekodkan ketepatan waktu tertinggi dengan 95 peratus manakala Malaysia Airlines dan AirAsia terendah, pada kadar 74 peratus.

Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Anthony Loke dukacita MRT laluan Putrajaya alami gangguan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menzahirkan perasaan dukacita susulan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mengalami gangguan bekalan kuasa.