MELAKA: Kerajaan Melaka berharap projek Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) menjadi sebahagian daripada projek nasional, kata Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata berkata ketika ini, Melaka tidak termasuk dalam mana-mana koridor ekonomi negara, justeru, kerajaan negeri perlu tampil dengan projek koridor sendiri bagi memacu pertumbuhan ekonomi di negeri itu.
"Pengiktirafan ini (sebagai projek nasional) akan memberi ruang kepada pelabur untuk mendapatkan insentif terutamanya insentif khas seperti pengecualian cukai berkaitan daripada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN-Kelebang) berhubung dasar insentif kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri melalui status projek berkenaan.
Ab Rauf berkata hasil kajian pelbagai pihak mendapati kawasan pembangunan M-WEZ sepanjang 33 kilometer (km) di Selat Melaka itu berpotensi menjadi pelabuhan laut dalam.
"Setiap tahun 90,000 kapal melewati Selat Melaka. Jika ada pelabuhan laut dalam, pastinya Melaka akan mengatasi negeri-negeri lain yang mempunyai kawasan pelabuhan kerana kita terletak di kawasan paling strategik," katanya.
Menjawab soalan asal Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) berhubung kesan terhadap alam sekitar akibat penambakan laut bagi mewujudkan M-WEZ, Ab Rauf berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) perlu disediakan dan dinilai Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum kebenaran merancang dipertimbang pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya antara kajian dilakukan termasuk kesan terhadap paya bakau, pulau, hakisan pantai, terumbu karang, kawasan biologi marin, perikanan, aktiviti manusia dan lain-lain kesan mengikut lokasi berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Ab Rauf berkata hasil kajian pelbagai pihak mendapati kawasan pembangunan M-WEZ sepanjang 33 kilometer (km) di Selat Melaka itu berpotensi menjadi pelabuhan laut dalam. - Gambar fail
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Jadikan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka projek nasional - Ab Rauf
Kerajaan Melaka berharap projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) menjadi sebahagian daripada projek nasional.
Melaka digesa batal tujuh projek gajah putih di bawah M-WEZ
Cadangan untuk membina 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta adalah tidak masuk akal sama sekali, tegas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.