awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual padat PM Anwar di Sabah hari ini

Bernama
Bernama
09/11/2025
01:15 MYT
Jadual padat PM Anwar di Sabah hari ini
Anwar tiba di Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu bagi sesi 'walkabout' dan sarapan pagi bersama komuniti masyarakat setempat. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah hari ini dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di Sabah dengan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu.
  • Program beliau merangkumi walkabout dan sarapan pagi di Pasar Pagi Jalan Gaya, serta Program Rancakkan MADANI Sabah di SICC.
  • Anwar dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan PRN Sabah ke-17, sebelum mengumumkan calon PKR bagi PRN Sabah di SICC pada 9 malam.

Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada 9 pagi.
Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 pagi.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada 4 petang.
Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada 9 malam.
Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#PRN Sabah
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan