BATU PAHAT: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas sebanyak 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata tindakan itu dilakukan susulan aduan orang awam.
Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
"Tindakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pasar raya itu dibuat sehari sebelum Aidilfitri (Selasa) setelah kita menerima aduan daripada orang awam serta tular di media sosial.
"Hasil pemeriksaan kita dapati ada 11 unit alas kaki gambar Kaabah di pasar raya itu dan sudah dirampas.
"Setakat ini, pemantauan masih berterusan di seluruh Johor," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Jelas Mohd Fared, kenyataan berhubung perkara itu tidak dikeluarkan sebelum ini kerana menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Mohd Fared (foto) berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. -Gambar fail/Bernama
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah
Pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.
Johor bentuk Jawatankuasa banteras Ajaran SiHulk
Kerajaan Negeri Johor hari ini membentuk sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk bagi membendung penyebaran ajaran tersebut di negeri ini.
JAINJ pastikan pesta seks tidak akan berlaku di Johor
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam memastikan kegiatan tidak bermoral ini dapat dikekang.
Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas
Pihak JAINJ telahpun mengarahkan siasatan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ berhubung kes itu.
Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa
JAINJ mengambil tindakan menambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut.
JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan
JAINJ dan PDRM akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang "hilang" di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, baru-baru ini.
Ponteng puasa, 89 notis dikeluarkan JAINJ kepada orang awam, peniaga
Masih ada pihak yang tidak mengikut peraturan dan tergamak mencemari bulan mulia Ramadhan dengan menjual makanan seawal jam 10 pagi.