JOHOR BAHRU: Pasangan di Johor yang mempunyai masalah rumah tangga ketika tempoh kawalan pergerakan ketika ini diminta untuk mendapatkan bantuan kaunseling di pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang berdekatan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata pasukan kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga JAINJ sentiasa bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan dengan memberikan nasihat dan bimbingan kaunseling kepada pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga.
"Bagi pasangan yang hilang pendapatan pula boleh rujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) daerah dan negeri untuk mendapatkan bantuan yang boleh dipertimbangkan.
"Bantuan ini khusus bagi membantu mereka yang terkesan terutama yang hilang pekerjaan sewaktu kawalan pergerakan ini. Ia juga termasuk individu lain, pesakit kronik dan sebagainya," katanya kepada pemberita semalam, selepas memberikan sumbangan kepada calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 Siti Asiah Shamsol Sayfol yang memperoleh pangkat Mumtaz Sofi di sini.
Tosrin berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya JAINJ menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga, susulan terdapat laporan ada yang tertekan selepas menghadapi pelbagai masalah termasuk kehilangan pekerjaan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.
Dalam satu majlis di KLUANG pula, Tosrin berkata pihaknya akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban tahun ini termasuk membenarkan proses melapah dilaksanakan di tempat lain selain pusat penyembelihan.
Berdasarkan SOP sebelum ini, proses sembelihan dan melapah daging korban hanya dibenarkan di 26 pusat penyembelihan seluruh negeri yang telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Veterinar, dan dibungkus sebelum diagihkan.
"Bagi mereka yang ingin melaksanakan proses melapah berkenaan di tempat lain perlu mendapat kebenaran daripada pejabat kesihatan daerah terlebih dahulu, namun diingatkan masjid dan surau tidak dibenarkan sama ada untuk proses sembelihan atau proses melapah daging korban.
"Kerajaan negeri juga mengambil keputusan hanya membenarkan mereka yang pertama kali menyertai ibadah korban, selain mereka yang telah bernazar," katanya dan menambah penambahbaikan ini hanya akan dapat dilaksanakan setelah mendapat kelulusan sebaik sahaja Mesyuarat Penuh Kerajaan Negeri, Rabu ini.
Mengenai vaksinasi pula, pihaknya telah menyenaraikan 196 nama pelajar dari Sekolah Maahad Johor Bahru yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan vaksin COVID-19 lebih awal.
Nama-nama calon berkenaan telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri untuk tindakan yang selanjutnya, sebelum peperiksaan dijalankan, dengan pihaknya akan memastikan suntikan vaksin terhadap calon tersebut akan diberikan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai atau awal bulan Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Tosrin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada calon STAM2020 Siti Asiah Shamsol Sayfol (dua kanan) yang memperoleh pangkat Mumtaz Sofi di Johor Bahru, 27 Jun, 2021. - Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Buntu nak pilih hari bahagia? Ini tarikh 'cantik' untuk kahwin pada 2021
Pada yang masih solo, kami harap anda bertabah!