SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.
"JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati pemilik akaun Facebook itu telah memuat naik poster tersebut pada 26 Jun 2021. Pemilik akaun Facebook itu telah dihubungi oleh JAIS dan mengakui kesilapan serta telah diminta untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang mengelirukan dan memberi gambaran bahawa mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak, sedangkan perkara ini bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan oleh syarak.
"Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima," katanya.
Justeru, beliau berkata JAIS juga mengingatkan kepada umat Islam, khususnya di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan-ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama.
"Sebarang kesilapan atau kekhilafan akan menyebabkan timbul kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan yang cemas, membuka ruang fitnah kepada agama dan umat Islam," katanya.
Beliau berkata di Selangor, perbuatan atau dakwaan seumpama itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad sebelum ini meminta Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyiasat kemunculan laman sosial yang memaparkan pakej taubat dengan bayaran RM20.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
JAIS telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya. - Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
JAIS minta pemilik akaun Facebook 'pakej taubat RM20' tarik balik iklan
JAIS telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya.
Pakej taubat RM20 berunsur penipuan, dedah kejahilan - Mufti Kelantan
Pakej taubat dengan bayaran RM20 yang ditawarkan dalam laman sosial bertujuan mengaut keuntungan semata-mata dan menunjukkan kejahilan masyarakat, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Iklan pakej taubat RM20: Tindakan lanjut akan diambil - Menteri Agama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan iklan itu diminta untuk memaklumkannya kepada beliau.