awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim adakan mesyuarat khas Isnin bincang isu DNA babi

Bernama
Bernama
25/05/2014
13:53 MYT
Jakim adakan mesyuarat khas Isnin bincang isu DNA babi
Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara itu.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia esok berhubung isu penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan hari ini berkata Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara itu.
"Segala keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada media sebaik sahaja mesyuarat selesai.
"Sehubungan dengan itu Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam," katanya.
Kenyataan itu menambah dua sampel coklat yang ditemui DNA babi ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).
Semalam Jakim menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA babi terbabit.
Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd dalam kenyataan berasingan hari ini berkata syarikat itu telah menarik balik dua produk berkenaan dengan serta-merta.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua produk terbabit mengandungi DNA babi dan hasil analisis itu tersebar luas menerusi media sosial.
Topic Berkaitan
#Babi
#cadbury
#cokelat
#Halal
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan