awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim atur pertemuan harmonikan imej institusi dakwah

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/12/2020
05:31 MYT
Jakim atur pertemuan harmonikan imej institusi dakwah
AHMAD MARZUK: Pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas serta berbincang bagaimana memelihara imej agama Islam. - Bernama
KOTA BHARU:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil kumpulan pendakwah selebriti penghujung bulan ini bagi menyampaikan mesej kerajaan ke arah mengharmonikan institusi dakwah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas serta berbincang bagaimana memelihara imej agama Islam.
“Kita di peringkat Jakim telahpun memanggil kumpulan pendakwah selebriti untuk berkumpul dalam satu majlis pada hujun bulan ini, untuk sampaikan mesej kerajaan iaitu mengharmoni dan menjaga nama baik pendakwah dan agama kita.
“Dari situ kita akan dapat input bagaimana hendak tangani isu ini kerana kita tahu timbulnya perkara ini (cerita kurang enak) sangat tidak beri imej baik kepada agama kita sendiri,” ujar Ahmad Marzuk.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian cabul dan rogol membabitkan pendakwah serta pengetua sekolah agama dan ustaz yang menimbulkan persepsi negatif di mata masyarakat.
Ahmad Marzuk pada masa sama meminta agar imej buruk itu tidak disensasikan kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat.
Topic Berkaitan
#pendakwah
#selebriti
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#institusi dakwah
#hal ehwal agama
#Ahmad Marzuk Shaary
#kes cabul
#salah laku seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan