awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM bawa isu GISB ke MKI

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2024
09:48 MYT
JAKIM bawa isu GISB ke MKI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia bagi memutuskan dalam perkara berkaitan akidah.
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membawa isu berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia bagi memutuskan dalam perkara berkaitan akidah.
"Bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng, jabatan ini akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISBH," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, Jawatankuasa Khas itu diletakkan di bawah seliaan pejabat menteri yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.
"Selain itu, jabatan ini akan membantu untuk menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut.
"Pada masa sama, jabatan ini akan membantu memberikan khidmat runding cara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam.
"Kami menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan GISBH.
"JAKIM telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh bagi membantu PDRM dalam proses siasatan," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Global
#JAKIM
#Mohd Na'im Mokhtar
#MKI
#GISB
#Kanak-kanak
#Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Is
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan