awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam

Bernama
Bernama
02/05/2024
07:35 MYT
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Mohd Na'im menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata JAKIM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan agama Islam.
"Masyarakat awam boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan terhadap agama Islam di talian WhatsApp 017-3234533 atau e-mel ke [email protected].
"JPM (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam. Mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang tindakan menghina Islam perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na'im dalam masa yang sama turut menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara.
"Apa-apa bentuk provokasi dan tindakan ekstrem perlu dihentikan. Perpaduan adalah nikmat yang perlu dipertahankan demi mencapai cita-cita Membangun Malaysia MADANI," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#hina Islam
#talian aduan
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan