awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM kumpul maklumat saudara baharu melalui E-Mualaf

Bernama
Bernama
01/12/2013
23:44 MYT
JAKIM kumpul maklumat saudara baharu melalui E-Mualaf
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan e-mualaf tahun depan yang merupakan pangkalan data mengenai saudara baharu.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM Datuk Razali Shahabudin berkata antara tujuan pangkalan data itu adalah untuk mengesan tindakan saudara baharu yang didakwa memeluk Islam beberapa kali, selain mengemaskinikan maklumat mengenai mereka.
"Selepas ini, tidak ada lagi individu yang boleh memperdaya Jabatan Agama, dan pangkalan data ini dirancang dengan begitu teliti bagi memastikan saudara baharu tidak terlepas pandang dalam tujuan pendakwahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan di sini, pada Ahad.
Razali berkata jabatan kini di peringkat akhir kajian sebelum melancarkan pangkalan data e-mualaf itu.
"Semua majlis agama di setiap negeri telah mengemaskini semua data-data mengenai saudara baharu di negeri masing-masing dan akan dikumpulkan di peringkat jabatan untuk dimasukkan dalam e-mualaf ini," katanya.
Razali berkata dengan adanya pangkalan data itu juga, Jakim akan dapat mengesan kedudukan saudara baharu untuk dikemas kini.
Terdahulu, dalam ucapannya Razali berkata sehingga 2012, terdapat seramai 105,079 orang mualaf.
Topic Berkaitan
#E-Mualaf
#JAKIM
#mualaf
#saudara baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan