awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Jakim teliti kenyataan kemenangan politik Islam lebih utama dari tunai haji

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2025
03:40 MYT
Jakim teliti kenyataan kemenangan politik Islam lebih utama dari tunai haji
Jakim kini dalam dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpin politik yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.
Dalam satu kenyataan yang tidak menyebut nama pemimpin itu secara langsung, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya kini dalam dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk “PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji”.
"Bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir, Jakim sedang dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan," katanya.
Sehubungan itu, Jakim menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Pada Ahad, media melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ceramah Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning malam tadi berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.
Kenyataan Abdul Hadi mengundang reaksi Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas dalam Islam dan dibuat semata-mata untuk kepentingan politik.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas terhadap Presiden Pas itu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Mujahid berkata, kesesatan dan kecelaruan fatwa politik itu perlu ditangani berikutan ia memberi beberapa implikasi percanggahan dengan hukum syariat dan maslahat ummah.
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#fatwa
#PRK Ayer Kuning
#Abdul Hadi Awang
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami