MALAYSIA
JAKIM tiada peranan dalam menentukan moral individu - Noor Farida

FARIDA: Jakim perlu menggunakan khidmat nasihatnya dalam membentuk satu budaya yang tiada tolenrasi langsung dalam isu rasuah seperti melalui penyampaian khutbah pada solat Jumaat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepatutnya tiada peranan langsung dalam menentukan moral individu berdasarkan kesalahan jenayah yang dilakukan seseorang itu kata bekas Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin.
Jelas beliau, JAKIM perlu menitikberatkan peranannya dalam pendidikan dan penyelidikan serta khidmat nasihat.
"JAKIM tiada peranan dalam menentukan moral seseorang itu berdasarkan jenayah yang dilakukan oleh individu itu. JAKIM hanya boleh memainkan peranannya dalam memberi nasihat dalam isu rasuah dengan mendesak kecaman terhadap perbuatan itu.
"JAKIM juga perlu menggunakan khidmat nasihatnya dalam membentuk satu budaya yang tiada tolenrasi langsung dalam isu rasuah seperti melalui penyampaian khutbah pada solat Jumaat contohnya," tambah
Noor Farida.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Majlis Pelancaran Bersih 4 di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat malam.
Pada 22 Jun lalu, Jakim melalui laman Facebook rasminya menyatakan badan itu bukan bertindak sebagai 'polis moral' seperti yang didakwa oleh orang ramai.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, orang ramai cenderung untuk menyalahkan jabatan itu apabila terdapat apa-apa isu yang berkaitan Islam dalam negara itu.
Katanya JAKIM tidak pernah membuat sebarang penangkapan di bawah penguatkuasaannya.
Peranan utama JAKIM adalah hanya bidang pendidikan, kehakiman syariah dan hal ehwal pentadbiran Islam dalam negara ini, tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami