awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM, umat Islam boleh saman syarikat pengeluar coklat - Peguam

Bernama
Bernama
26/05/2014
15:43 MYT
JAKIM, umat Islam boleh saman syarikat pengeluar coklat - Peguam
JAKIM dan umat Islam boleh saman Cadbury, kata Zainul Rijal Abu Bakar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Beliau berkata JAKIM disaran mengambil tindakan tegas terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir dalam dua produknya selain meminta syarikat itu memohon maaf secara terbuka dengan beberapa syarat lain.
"Saya menyarankan JAKIM mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar yang telah memberi salah representasi mengenai isu halal," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.
Katanya, JAKIM perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.
Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).
Dalam pada itu, JAKIM berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury itu akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
Mengulas isu sama, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SUKAGUAM) untuk menyediakan khidmat guaman kepada masyarakat Islam bagi menyaman syarikat itu.
"Bagi kalangan masyarakat Islam, ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Syarikat itu tidak sepatutnya keluarkan produk itu kerana ia turut menganiaya pekerja beragama Islam dalam syarikat itu sendiri," kata Presiden JMM Mohd Azwanddin Hamzah.
Topic Berkaitan
#Babi
#cadbury
#Cadbury Dairy Milk Hazelnut
#Cadbury Dairy Milk Roast Almond
#coklat susu
#JAKIM
#porcine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan