GUA MUSANG: Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan akan ditutup dalam tempoh lebih setahun bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan besi sedia ada.
"Semua pengguna diminta menggunakan laluan FTI85, F12747 dan FI008 untuk ke Bandar Lama Gua Musang jika dari laluan FT 85 (Cameron Highlands atau Kuala Betis) dan laluan D29 (Jalan Jelawang).
"Bermula 23 April hingga 4 Nov tahun depan, laluan ini ditutup bagi semua jenis kenderaan untuk memberi laluan kepada pembinaan jambatan baharu," menurut JKR.
JKR memaklumkan tempoh penutupan jalan akan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa di tapak projek pembinaan.
JKR turut memberitahu papan tanda akan dinaikkan di kawasan berhampiran tapak pembinaan sebagai panduan kepada semua pengguna jalan raya.
"JKR berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang telah disediakan
"Pengguna jalan raya dialu-alukan untuk berhubung dengan Pejabat Jajahan Gua Musang melalui talian 09-9121040 bagi maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Laluan berkenaan akan ditutup dalam tempoh lebih setahun bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan besi sedia ada. - Gambar/ JKR
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan
Pembinaan kemudahan sepanjang 30 meter itu bergantung kepada faktor cuaca dan terpaksa ditangguhkan sekiranya berlaku hujan lebat dan banjir.
BigBen JKR diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari - Nanta
Operasi membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.
Jalan mendap: Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup
Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Jan berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta.
Garisan jalan 'glow in the dark' terpanjang Malaysia di Kedah
Selepas Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap.
Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus
Kemajuan projek pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis atau Kangar Sentral, kini mencapai 90 peratus dan dijangkakan siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.
Hujan lebat berterusan mungkin punca tanah runtuh - JKR Daerah Kinta
Jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat berterusan mungkin jadi punca kepada kejadian tanah runtuh di laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands).
Projek infrastruktur kecil dipindah ke jabatan lain, pejabat daerah
Anwar dalam masa yang sama juga mahu semua projek rakyat yang sudah diputuskan dan diumumkan, dilaksanakan segera.