NATIONAL
Jalan masuk R&R Seremban arah utara ditutup mulai Sabtu ini

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian Sebelah Senawang atau Hentian Sebelah Nilai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebahagian jalan susur dan ruang meletak kenderaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah utara di KM272.2 di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup untuk penyelenggaraan bermula tengah malam ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penutupan itu akan bermula pada jam 12.01 tengah malam 31 Julai sehingga jam 2 petang 3 Ogos.
Ujar PLUS, penyelenggaraan itu dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
"Sehubungan itu, bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut, laluan dan ruang meletak kenderaan alternatif untuk kenderaan berat dibuka bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menggunakan kemudahan awam di R&R tersebut supaya keselesaan mereka tetap menjadi keutamaan sepanjang tempoh tersebut," kata PLUS.Oleh yang demikian, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian Sebelah Senawang (arah utara) di KM248 atau Hentian Sebelah Nilai (arah utara) di KM287.2 sekiranya perlu mendapatkan kemudahan lain sepanjang perjalanan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami