awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad

Bernama
Bernama
10/02/2022
13:52 MYT
Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad
Penutupan jalan itu berikutan satu aktiviti yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia di kawasan muara utara Jambatan Angkat. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Laluan kedua-dua hala di jalan pesisir Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus sehingga ke Jambatan Angkat di sini akan ditutup dari Ahad hingga Selasa ini (13 hingga 15 Feb).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata penutupan jalan itu berikutan satu aktiviti yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia di kawasan muara utara Jambatan Angkat dan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Katanya pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Feb) penutupan jalan akan dilakukan pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari berikutan acara raptai majlis manakala pada Selasa (15 Feb) jalan akan ditutup pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari semasa majlis berlangsung.
"Semua pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar Kuala Terengganu dan sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan jalan Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dalam tempoh penutupan jalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan dan mematuhi segala arahan yang akan diberikan oleh anggota polis yang bertugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seberang Takir
#jambatan angkat
#terengganu
#tutup jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan