awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Raja ditutup sempena Fiesta Mega Penjaja 2022

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2022
23:45 MYT
Jalan Raja ditutup sempena Fiesta Mega Penjaja 2022
Penutupan Jalan Raja sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil 2022 bermula Rabu hingga Sabtu. -DBKL
KUALA LUMPUR: Jalan Raja di sini akan ditutup sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil 2022 bermula Rabu hingga Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, jalan terbabit akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 10 malam pada Rabu hingga 4 pagi Sabtu.
"Penutupan Jalan Raja bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke persimpangan Jalan Raja/Jalan Leboh Pasar Besar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Noor Dellhan berkata, pengguna jalan raya dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Jalan Kinabalu boleh melalui bulatan Dato Onn untuk ke Jalan Kinabalu.
"Pengguna jalan raya dari Jalan Sultan Hishamuddin boleh melalui Jalan Leboh Pasar Besar untuk ke Jalan Tun Perak dan seterusnya ke Jalan Raja Laut," katanya.
Beliau berkata, semua pengunjung ke fiesta terbabit dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar Dataran Merdeka sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada lalu lintas.
"Orang ramai juga diminta untuk mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik semasa program ini berlangsung," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fiesta Mega Penjaja
#Peniaga dan Usahawan Kecil
#Jalan Raja ditutup
#Jalan Tuanku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan