awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan runtuh Mersing: 'Inilah jalan utama untuk saya pergi dialisis tiga kali seminggu' - Mohd Kassim

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
15/01/2018
05:23 MYT
Jalan runtuh Mersing: 'Inilah jalan utama untuk saya pergi dialisis tiga kali seminggu' - Mohd Kassim
Laluan di KM16 Jalan Jemaluang - Mersing terpaksa ditutup memandangkan ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya. - Foto Astro AWANI
Penduduk sekitar Jemaluang berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan usaha membaik pulih jalan yang runtuh di KM 16 Jalan Jemaluang - Mersing.
Penduduk Tenggaroh 6, Mohd Kassim Yusoff antara individu yang sering menggunakan jalan tersebut yang menghubungkan bandar Mersing.
Mohd Kassim tidak ada pilihan selain menggunakan jalan alternatif, Jemaluang - Jalan Nitar Utama yang mengambil masa satu jam untuk ke bandar, dua kali ganda masa perjalananan berbanding jalan utama.
“
"Memang susah, dua kali ganda jauh dan saya terpaksa pergi dialisis tiga kali dalam seminggu.
”
- Mohd Kassim
BACA: Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk
"Sekarang saya terpaksa ikut jalan yang lebih jauh kerana tiada jalan lain," kata Kassim semasa ditemui ketika Astro AWANI meninjau kawasan kejadian.
BACA: Kereta jatuh gaung akibat jalan runtuh, warga emas cedera
Kejadian jalan runtuh berlaku pukul 2.30 pagi tadi yang menyaksikan seorang warga emas cedera apabila kereta yang dipandu masuk ke kawasan mendapan.
Sebentar tadi Ketua Polis Daerah Mersing, Superitenden Cyril Edward Nuing mengesahkan jalan tersebut telah ditutup sepenuhnya memandangkan jalan yang runtuh itu melibatkan kedalaman cerun 15 meter dengan keluasan 70 meter.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita daerah mersing
#jalan alternatif mersing
#jalan nitar utama
#Jalan runtuh Mersing
#Jalan tutup jemaluang
#Jemaluang Mersing
#PDRM
#polis
#Tanah Runtuh Mersing
#terkini tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan