awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalani rawatan susulan di IJN, YDP Agong berada dalam keadaan baik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/01/2022
06:41 MYT
Jalani rawatan susulan di IJN, YDP Agong berada dalam keadaan baik
Al-Sultan Abullah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari bermula semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan. - Foto Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, Al-Sultan Abullah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari bermula semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan.
"Pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan ini berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang telah dijalani Seri Paduka Baginda di IJN pada bulan September 2020.
"Pada 24 September 2020, Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan intervensi tersebut setelah pengimejan MRI menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Baginda ketika bersukan.
"Rawatan susulan ini tertangguh dari tarikh tersebut ekolah daripada pelaksanaan Prosedur Operasi Standard COVID-19 di hospital-hospital awam, termasuk IJN," katanya.
Pada masa sama, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan menjalani pemeriksaan respiratori di IJN.
Menurut beliau, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan tersebut.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Institut Jantung Negara
#rawatan susulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan