awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun

Amanz
Amanz
05/07/2024
04:00 MYT
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Penyelidik dari NIST dan Universiti Colorado Boulder berjaya menghasilkan jam atom baharu yang lebih tepat dengan ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun ia beroperasi. -Amanz
JAM atom pertama dibina pada tahun 1949 oleh saintis di Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) bagi menentukan waktu yang lebih tepat.
Kini penyelidik dari NIST dan Universiti Colorado Boulder telah menghasilkan jam atom baharu yang lebih tepat dengan ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun ia beroperasi.
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
Untuk mencapai tahap kejituan yang lebih tinggi ini, atom sesium yang digunakan pada jam sebelum ini digantikan dengan atom strontium.
Sesium bergetar 9,192,631,770 kali sesaat manakala strontium bergetar 429 trilion kali sesaat.
Untuk mengira getaran sesaat ini, gelombang cahaya dipancarkan pada atom strontium di dalam kebuk hampagas.
Dengan jam atom baharu ini sudah beroperasi, komuniti sains dunia kini bersedia untuk mentakrifkan semula unit asas untuk satu saat yang digunakan sejak 1967.
Ini akan membolehkan ujikaji pada skala kuantum dilakukan dengan kejituan perkiraan masa lebih tinggi.
Di luar makmal, sistem GPS yang lebih tepat akan dapat dibangunkan. Ia juga berguna untuk manusia mengembara angkasa lepas di masa hadapan. -Amanz
Topic Berkaitan
#jam atom
#NIST
#waktu paling tepat
#Universiti Colorado Boulder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan