SUNGAI SIPUT: Sebuah jambatan baharu bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Enggor di Karai dekat sini yang runtuh akibat rebakan tanah pada Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri akan membuat penilaian kos bagi mendapatkan anggaran sebenar jumlah peruntukan yang diperlukan.
Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor yang terjejas selain mahu memastikan jambatan baharu yang bakal dibina itu mematuhi standard keselamatan antarabangsa.
“Kita akan membina jambatan baharu lebih kukuh yang mana kaedah reka bentuknya adalah terkini dan menitikberatkan soal keselamatan.
“Lebih-lebih lagi Sungai Enggor ini agak dalam dan tidak sampai satu meter (kedudukan jambatan) daripada tebing di Sungai Perak itu sendiri.
“Justeru, kita akan melihat kecerunan tebing di Sungai Enggor ini untuk kita perkukuhkan lagi agar ia dapat mengelakkan daripada berlakunya hakisan atau rebakan tanah pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau lokasi Jambatan Enggor yang runtuh akibat rebakan tanah di Karai, dekat sini pada Rabu.
Hadir sama Pengarah JKR Perak, Hamdan Ali.
Sebelum ini, media melaporkan sebahagian struktur jambatan yang menyeberangi Sungai Enggor runtuh akibat rebakan tanah yang dipercayai berpunca daripada arus sungai deras akibat hujan lebat berpanjangan.
Malah kejadian itu telah mengganggu rutin harian 5,000 penduduk yang terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jauh selain mengalami masalah gangguan bekalan air.
Sementara itu, Mohamad Nizar berkata laluan jambatan berkenaan ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembinaan jambatan baharu siap sepenuhnya yang dijangka memakan masa antara 15 bulan hingga dua tahun.
Katanya, lencongan jalan dan laluan alternatif telah disediakan kepada penduduk setempat sejauh 5 kilometer (km) yang boleh digunakan kenderaan berat dan ringan.
Justeru jelas beliau pihaknya melihat tiada keperluan bagi membina Jambatan Bailey atau jambatan sementara di laluan berkenaan.
“Tiada keperluan untuk membina jambatan sementara itu kerana kosnya agak tinggi. Selain itu, kita melihat kawasan ini sudah ada laluan alternatif yang boleh digunakan penduduk,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed May 03 2023
Mohamad Nizar meninjau lokasi Jambatan Enggor yang runtuh akibat rebakan tanah di Karai, Sungai Siput pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Jambatan baharu akan dibina, ganti Jambatan Enggor yang runtuh - Exco Perak
Sebuah jambatan baharu bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Enggor di Karai dekat sini yang runtuh akibat rebakan tanah pada Rabu.