awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025

Bernama
Bernama
11/01/2025
01:15 MYT
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Shaharom berkata, jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British pada tahun 1915 itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Jambatan Besi Keretapi Lama Alor Setar yang berusia hampir 110 tahun berpotensi menjadi destinasi ikonik bagi menarik kedatangan pelancong ke bandar raya berkenaan khususnya sempena kempen Tahun Melawat Kedah (TMK) pada tahun ini.
Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG), Shaharom Ahmad berkata, jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British pada tahun 1915 itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
"Jambatan ini unik kerana ia menjadi saksi bisu kepada pertempuran Perang Dunia Kedua dan pengakhiran Pertempuran Jitra, apabila tentera British terpaksa berundur setelah kalah teruk di Jitra.
"Ia juga mempunyai kesan pertempuran seperti kesan tembakan peluru dan kesan kerosakan akibat diletupkan tentera British semasa mereka berundur selepas bertempur dengan Jepun," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Shaharom berkata, selain nilai sejarah yang ada pada jambatan itu, keunikan seni binaan era kolonial dengan struktur yang masih kukuh sehingga kini juga harus dimanfaatkan sebagai tarikan pelancongan.
Justeru, beliau berharap pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri dapat memberikan nafas baharu kepada jambatan berkenaan, dengan menambah ciri-ciri keselamatan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan.
"Ketika ini, sudah ada kawasan rekreasi untuk orang ramai di sini, namun jumlah kehadiran tidak banyak mungkin kurang dipromosikan. Kena letak papan tanda supaya orang ramai boleh datang ke sini," katanya.
Shaharom berkata MHG juga bersedia bekerjasama dengan agensi terlibat untuk menaik taraf ciri-ciri keselamatan dan pemasangan papan tanda pada jambatan itu agar ia selamat untuk dikunjungi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Besi Keretapi Lama
#pelancongan
#kalah teruk
#masih kukuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan