awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan di Baltimore runtuh: Kedutaan Malaysia di Washington pantau rapat perkembangan

Bernama
Bernama
27/03/2024
09:03 MYT
Jambatan di Baltimore runtuh: Kedutaan Malaysia di Washington pantau rapat perkembangan
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington memantau rapat perkembangan insiden jambatan Francis Scott Key yang runtuh di Baltimore, AS pada Selasa. -Gambar fail/Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington memantau rapat perkembangan insiden jambatan Francis Scott Key yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Wisma Putra berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati selain mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi kedutaan di 3516 International Ct NW, Washington, DC 20008, nombor telefon +1 (202) 375 4396 atau e-mel [email protected]
Menurut laporan media, jambatan Francis Scott Key itu runtuh ke dalam Sungai Patapsco awal Selasa selepas sebuah kapal kontena didaftarkan di Singapura melanggar tiang jambatan yang dibuka pada 1977, menyebabkan enam orang dipercayai maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Kedutaan Besar Malaysia
#jambatan Francis Scott Key
#Jambatan di Baltimore runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan