awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan ikonik Terengganu bakal dibuka 1 Ogos nanti

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2019
07:05 MYT
Jambatan ikonik Terengganu bakal dibuka 1 Ogos nanti
Semua kerja penambahbaikan yang dilakukan tidak berdepan sebarang masalah dan jambatan angkat itu boleh digunakan kembali. - Bernama
Jambatan ikonik Terengganu atau lebih dikenali dengan Terengganu Draw Bridge bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Ogos ini.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata proses penambahbaikan di sepanjang laluan itu juga telah siap dilakukan.
Menurut Ahmad Samsuri, semua kerja penambahbaikan yang dilakukan tidak berdepan sebarang masalah dan jambatan angkat itu boleh digunakan kembali.
“Sudah siap, cuma kita tambah baik hari tu dan sudah ramai yang guna. Jadi tiada isu besar, cuma kita tambah baik hasil daripada (pemantauan) selepas dibuka hari tu.
“1 Ogos kita boleh menyaksikan trafik yang lebih baik,” ujar beliau.
Sebelum ini beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk tempat meletak kenderaan pengunjung dan meninggikan pagar berikutan pagar sedia ada agak rendah serta berbahaya.
Terdahulu, jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mula dibuka kepada orang awam untuk percubaan pada 2 hingga 17 Jun lalu.
Jambatan angkat bernilai RM248 juta menghubungkan muara selatan di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.
Ia dibuka kepada orang ramai bagi pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem isyarat jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.
Topic Berkaitan
#draw bridge
#jambatan angkat
#jambatan ikonik terengganu
#penambahbaikan
#pengguna
#rakyat Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan