awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan ketiga Klang dinamakan jambatan Raja Muda Nala

Bernama
Bernama
19/11/2017
04:34 MYT
Jambatan ketiga Klang dinamakan jambatan Raja Muda Nala
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menikmati pemandangan selepas merasmikan jambatan ketiga Klang yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala hari ini. - Foto Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan jambatan berkenaan hari ini.
Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan jambatan ketiga Klang yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala hari ini. - Foto Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan jambatan ketiga Klang yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala hari ini.- Foto Bernama
Pembinaan jambatan sepanjang 2.5 kilometer merentasi Sungai Klang dari persimpangan Sungai Udang dan berakhir di Tanjung Syawal itu adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyuraikan trafik sekitar Klang. Ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada Jun lepas.
Jambatan itu dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.
Raja Muda Nala, adalah putera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.
Apabila Sultan Sallehuddin mangkat pada tahun 1778, putera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah.
Baginda kemudian melantik pula adinda baginda, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#engku Permaisuri Norashikin
#Jambatan Raja Muda Nala
#Klang
#Menteri Besar
#Sultan Ibrahim
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan