Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan beliau tidak berusaha untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.
Tegasnya, beliau telah membuat permohonan kep`ada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah diluluskan pada 21 Dis lalu.
"Saya rasa kesal dengan apa yang telah diviralkan oleh isteri saudara Jalil ini. Bila penerangan diberikan kepadanya, dia telah berpuas hati.
"Sebab itu kalau ada sebarang masalah datang berjumpa dengan JKKK, Penghulu atau dengan saya sendiri untuk bertanya dan mendapatkan maklumat," katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan perjumpaan dengan Abdul Jalil Sulaiman, bapa yang membawa anaknya menyeberangi sebuah jambatan uzur di Lipis, Pahang yang kini viral di Facebook.
BACA: Pertaruh nyawa demi ke sekolah: 'Pihak berwajib, tolong segera bertindak'
Menerusi satu surat yang dikongsikan kepada Astro AWANI, peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.
Malah, beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negari Pahang menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.
"Perkara ini sebenarnya ini salah faham di mana kita dapat berbincang dan berborak seperti keluarga di mana saya menegaskan dalam apa juga keadaan utamakan keselamatan.
"Kita ada jalan alternatif tetapi disebabkan banjir, ia tidak dapat dilalui. Kita juga ada sediakan bot JKKK sebagai pilihan lain," tegasnya.
Tular di lama Facebook hari ini apabila seorang penggunanya, Siti Zaharah Othman memuat naik video yang menunjukkan suami serta anaknya terpaksa menyeberang sungai ke sekolah melalui sebuah jambatan gantung yang terlalu uzur.
Selain kecaman terhadap Kerajaan Negeri yang dilihat gagal menyediakan infrastruktur sempurna kepada masyarakat, ada juga netizen yang mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang dilihat sanggup menggadai nyawa anak mereka.
BACA: 'Jambatan maut': Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jan 02 2018
Wan Rosdy menafikan beliau tidak berusaha untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang. - BERNAMA/Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kad Kesihatan Warga Emas Pahang bakal manfaat 18,000 penerima
Program yang dilancarkan hari ini buat julung kali itu bakal memberi manfaat kepada 18,000 penerima.
Sidang DUN Pahang berlangsung dua jam
Perjalanan Sidang DUN ini adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Pahang ke arah atlet pakai patuh syariah - MB
Kerajaan negeri Pahang kini ke arah pelaksanaan pemakaian patuh syariah terhadap atlet-atlet di negeri ini, kerana ia salah satu tuntutan agama, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat di IJN
Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini.
ADUN Jelai MB Pahang yang baharu
Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar.
'Jambatan maut': Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.
Jambatan maut: "JKR dah lulus, bot pun ada" - ADUN Jelai
Permohonan kepada Jabatan Kerja Raya untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah diluluskan pada 21 Disember lalu.