SUNGAI SIPUT: Jambatan menyeberangi Sungai Enggor dekat sini, yang menjadi laluan utama kepada 5,000 penduduk di sekitar Karai runtuh akibat rebakan tanah yang berpunca daripada aliran air sungai deras susulan hujan lebat sejak seminggu lalu.
Runtuhan pada sebahagian jambatan sepanjang 13 meter itu telah menyebabkan aktiviti rutin penduduk di beberapa kampung di situ antaranya Kampung Jawang, Kampung Loh dan sebagainya terjejas pada Rabu.
Menurut penduduk, Rafli Md Nor, 50, kejadian itu juga telah mengakibatkan gangguan bekalan air terhadap penduduk setempat yang berlarutan sejak malam tadi.
“Rebakan jambatan ini telah mengakibatkan dua masalah berlaku, yang pertama kemudahan asas terjejas (iaitu dari segi infrastruktur jalan). Kedua, sistem saluran sumber air bersih terganggu yang mana kejadian itu mengakibatkan paip air bocor.
“Setakat ini bekalan air bersih masih belum ada, dan mungkin kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan Lembaga Air Perak (LAP),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pada Rabu.
Menurutnya ketika ini penduduk di sekitar kini terpaksa menggunakan laluan alternatif di Kampung Loh yang mana ia boleh dilalui kenderaan ringan sejauh 4 kilometer (km) dari Karai.
Katanya runtuhan jambatan akibat rebakan tanah itu telah berlaku kali ketiga dalam tempoh 20 tahun sejak ia dibina sekitar tahun 1900.
Justeru beliau berharap pihak berwajib dapat segera menyelesaikan masalah berkenaan dengan menaik taraf jambatan yang hampir sama usianya dengan Jambatan Victoria yang terletak kira-kira 1 km dari situ.
Sementara itu, penduduk Ahmad Qarib Khairuddin, 54, juga berharap runtuhan jambatan akibat rebakan tanah itu dapat diselesaikan segera kerana ia menjejaskan rutin harian ramai penduduk.
“Jadi memang kami sebagai penduduk memang berharap kalau boleh dipercepatkan pembinaan jambatan dan juga fasiliti yang telah rosak ini ia melibatkan banyak kampung,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkata, laluan jambatan itu akan ditutup selama lapan bulan bagi kerja-kerja pembaikan dilakukan.
"Proses ini akan dilakukan secepat mungkin dan buat masa ini, Bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bermesyuarat membincangkan isu ini kerana melibatkan satu peruntukan yang besar," katanya.
Dalam pada itu LAP dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan di lokasi kejadian dan gangguan berlaku sehingga kerja pembaikan selesai.
Ia melibatkan paip di kawasan-kawasan seperti Pekan Karai, Kampung Loh, Bendang Sungai, Kampung Kapur, Kampung Periang dan sekitarnya.
Amirrul Rabbani
Wed May 03 2023
Runtuhan pada sebahagian jambatan sepanjang 13 meter itu telah menyebabkan aktiviti rutin penduduk terjejas. - Foto Astro AWANI
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Taufan tropika landa Madagascar, 18 dilaporkan maut
Siklon Tropika Gamane telah melintasi timur laut Madagascar pada Rabu dan Khamis menjejaskan 20,000 mangsa.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Jambatan runtuh akibat banjir, empat kampung di Kuala Krai terjejas
Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang, terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
Penduduk terus guna jambatan runtuh, terhakis akibat banjir
Penduduk masih terus menggunakan jambatan berkenaan walaupun membahayakan keselamatan mereka.
Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan
Pembinaan jambatan Selancar bagi menggantikan jambatan Bailey di Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, akan dimulakan tahun depan.
Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.
Kira-kira 1,000 penduduk empat kampung dekat Kuala Nerang terjejas jambatan runtuh
Kira-kira 1,000 penduduk daripada empat kampung di Kuala Nerang mengharapkan pihak berwajib segera membina baharu serta membaik pulih dua jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan yang runtuh.
Jejambat di lebuh raya di Philadelphia runtuh selepas lori terbakar
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti jika ada individu yang mungkin terperangkap.
Jambatan Sungai Enggor runtuh, rutin harian 5,000 penduduk terjejas
Jambatan menyeberangi Sungai Enggor di Sungai Siput, yang menjadi laluan utama kepada 5,000 penduduk sekitar Karai runtuh susulan hujan lebat sejak seminggu lalu.