awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James Jemut Masing selamat disemadikan jam 2.30 petang tadi

Afiezul Samit
Afiezul Samit
03/11/2021
07:21 MYT
James Jemut Masing selamat disemadikan jam 2.30 petang tadi
Ketibaan pada jam 2 petang diiringi balu mendiang, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anaknya untuk upacara sembahyang sebelum dikebumikan. - Foto Astro AWANI
BAU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park, Jalan Siniawan, di sini, jam 2.30 petang.
Jasad mendiang dibawa dari Persatuan Gereja Sarawak, Jalan Stampin pada jam 1 tengah hari setelah selesai majlis penghormatan akhir dilangsungkan di Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Jalan Stampin, Kuching.
Ketibaan pada jam 2 petang diiringi balu mendiang, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anaknya untuk upacara sembahyang sebelum dikebumikan.
Berpakaian hitam dan putih, upacara pengebumian mengikut istiadat keagamaan penganut beragama Kristian itu turut dihadiri barisan ahli kabinet kerajaan negeri, anggota keluarga dan rakan mendiang.
BACA: Abang Johari, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing
James Jemut Masing selamat disemadikan jam 2.30 petang
Penyerahan bendera penghormatan Sarawak kepada balu dilakukan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.
Beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut hadir bagi memantau dan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi sepanjang ucapacara pengebumian berlangsung.
BACA: James Jemut Masing meninggal dunia
Terdahulu, majlis penghormatan akhir telah dilakukan selama tiga hari bermula Isnin dan Selasa di kediaman mendiang di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching dan pada hari ketiga (Rabu) di Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Jalan Stampin dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.
Pemergian Masing | Ketua Menteri Sarawak beri penghormatan terakhir
Topic Berkaitan
#mengenang Masing
#belasungkawa Masing
#penghormatan terakhir
#Nirvana Memorial Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan