SAYA bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya. Namun begitu, politik kotor parti tersebut haruslah dibendung.
Saya percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kedudukan yang lebih tinggi dan berikan ruang dan masa untuk UMNO memperbetulkan salahlakunya.
Sepanjang lima tahun di antara 2013 sehingga 2018, DAP pernah menghadapi situasi yang sama di mana Kabinet Najib mempertimbangkan pembubaran secara haram parti ini berdasarkan pelbagai tuduhan yang dibuat-buat.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu, rejim Najib hanya berubah fikiran pada saat terakhir daripada keputusan untuk mengharamkan penggunaan simbol roket DAP pada PRU tersebut.
Sebelum PRU14, rejim Najib merasakan sangat yakin dengan kebolehan mereka untuk memenangi sehingga dua pertiga kerusi Parlimen sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggantung pendaftaran DAP -- yang berasaskan tuduhan kononnya pilihan raya dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang -- dan sebaliknya memilih untuk mengharamkan Parti Bersatu yang baru ditubuhkan.
Ugutan penggantungan pendaftaran selama lima tahun tersebut merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, urus tadbir yang baik dan kedaulatan undang-undang.
Tidak ada negara dalam dunia ini di mana Pendaftar Pertubuhannya memaklumkan sebuah parti politik bahawa pilihan raya parti peringkat kebangsaannya yang dijalankan lebih daripada empat tahun yang lepas itu tidak sah lalu memaksa parti tersebut untuk mengadakan satu pilihan raya parti yang baru.
Terdapat juga cadangan daripada mereka yang rapat dengan Najib yang mencadangkan supaya saya bersara daripada politik bagi menghentikan segala malapetaka ini.
Saya percaya bahawa dendam tidak mempunyai tempat dalam politik dan saya berharap ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak perlu menghadapi seksaan “hukuman mati” yang dihadapi oleh ahli-ahli dan pemimpin DAP selama lima tahun sebelum PRU14.
Di dalam sebuah demokrasi, biarlah pengundi yang memilih sama ada mereka berhasrat untuk menghumban sesebuah parti politik itu ke dalam tong sampah.
Kerana inilah saya bersetuju dengan Lim Lip Eng -- jangan batalkan pendaftaran UMNO tapi biarlah ia musnah dengan sendirinya memandangkan UMNO kini berada dalam peringkat lanjut proses memusnahkan dirinya apabila ia melancarkan kempen klepto-teokrasi bersama dengan PAS.
UMNO telah hilang kegemilangannya, di mana ia dilihat sebagai juara golongan Bumiputera, kini UMNO telah hilang arah tujuannya apabila ia mengabaikan perjuangan untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu dan memilih untuk hanya mengkayakan kroni UMNOPutera dan menjadikan Malaysia sebuah negara model kleptokrasi global.
Inilah sebabnya kenapa Presiden UMNO sedang menghadapi 87 tuduhan rasuah dan digelar sebagai Raja Tuduhan Rasuah, dan bekas Presiden UMNO sendiri menghadapi 42 tuduhan rasuah, dengan Setiausaha Agung parti tersebut juga bakal menghadapi perbicaraan rasuahnya yang tersendiri -- bersama dengan ramai lagi pimpinan UMNO yang menghadapi tuduhan masing-masing.
Dengan segala pertuduhan ini, mereka melancarkan kempen “Malu Apa Bossku” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun!
Semasa saya sedang menunggu penerbangan saya di Lapangan Terbang Subang pada hari Ahad, saya terserempak dengan seorang pemimpin UMNO yang bersetuju dengan saya mengenai semua isu rasuah tersebut tetapi beliau tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara lain.
Saya berfikir sejenak mengenai komen beliau memandangkan beliau merupakan seorang Menteri di dalam Kabinet Pertama Najib di antara tahun 2009 sehingga 2013.
Walaupun beliau boleh untuk mengaku tidak mengetahui mengenai skandal 1MDB memandangkan skandal tersebut hanya muncul secara besar-besaran mulai tahun 2015, UMNO tidak ada melakukan apa-apa langsung sepanjang 18 bulan yang sudah berlalu sejak PRU14 untuk mengutuk dan menjauhkan dirinya daripada skandal 1MDB dan memohon maaf kepada negara kerana menjatuhkan maruah negara kepada sebuah kleptokrasi global.
Jika beliau terpilih untuk menyertai Kabinet kedua Najib, adakah beliau akan menjadi seperti Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang baru-baru ini menyatakan kepada mahkamah yang beliau telah menyembunyikan kebenaran mengenai skandal 1MDB semasa peletakan jawatan Menteri beliau pada bulan Jun 2016 demi menjaga reputasi Perdana Menteri semasa itu, atau adakah beliau akan menjadi seperti Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pada bulan Julai 2015 kerana menolak untuk mengikut arahan Najib mengenai skandal 1MDB?
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai soal kewangan UMNO, selepas UMNO dilaporkan menjual saham-sahamnya di dalam syarikat media dan UMNO kini kembali kaya sehingga dilaporkan oleh sesetengah media sebagai mempunyai lebih daripada RM2 bilion.
Adakah perkara ini berkait dengan kenaikan kadar aktiviti media sosial dalam dua bulan yang lepas yang cuba untuk mewujudkan satu persepsi di mana Malaysia kini menghadapi satu krisis dalam pembinaan negara dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin tegang, sehingga wujudnya satu kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera.
Di sebalik latar belakang perbicaraan bekas Perdana Menteri negara, kita dapat lihat kerja-kerja jutaan wang ringgit yang dibelanjakan untuk menguasai ruang media sosial.
Tanpa sebarang ragu-ragu lagi, ini adalah satu perkara yang berkepentingan awam, terutamanya dengan pemimpin UMNO yang dahulunya pemimpin kerajaan secara terang-terangan melawan titah nasihat diraja mengenai berita palsu dan hasutan jahat dan cubaan merosakkan perpaduan negara.
Malah, seorang bekas Mentri Besar juga telah mempersoalkan dakwaan ketegangan antara kaum di dalam negara, dengan mengatakan yang situasi di peringkat akar umbi sedang aman harmoni, tanpa berlakunya situasi di mana “orang Melayu menindas orang Cina dan sebaliknya”.
Mungkin beliau tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan apabila saya katakan Malaysia dalam “dunia sebenar” kelihatan amat berbeza dengan Malaysia dalam “media sosial” yang digambarkan sebagai berada di dalam polarisasi yang terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara.
Jika dilihat di Malaysia “media sosial”, negara ini kelihatan seakan-akan menunggu masa sahaja sebelum menjunam ke dalam kancah keganasan antara kaum dan agama yang dijana oleh bergunung berita palsu dan hasutan jahat yang disebarkan sepanjang dua bulan yang lepas untuk menghasut syak wasangka, kebencian dan ketakutan.
Saya telah katakan berkali-kali yang ini adalah satu gambaran yang tidak benar mengenai Malaysia, turun ke peringkat akar umbi dan kita dapat lihat yang rakyat Malaysia hidup dalam aman damai dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, kebencian, mahupun ketakutan antara satu kaum dengan yang lain.
Jadi siapakah yang mencipta gambaran palsu Malaysia “media sosial” ini?
Mereka adalah orang yang sama berkaitan dengan kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera.
Saya nasihatkan kepada bekas Mentri Besar tersebut, yang kini menghampiri dekad ketujuh untuk menyedari yang rakyat Malaysia tidaklah terlalu naif untuk mempercayai penafiannya, dan beliau bersama-sama dengan sekutunya di dalam UMNO dan Pas sepatutnya cuba untuk memahami dan bermuhasabah diri dengan apa yang telah dititahkan oleh baginda Yang di Pertuan Agong, Sultan Perak, dan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai isu perpaduan negara, berita palsu, dan hasutan jahat.
Sultan Perak Sultan Nazrin Syah bertitah baru-baru ini bahawa selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan, perbuatan untuk menghasut kebencian di antara kaum dan agama masih berlaku dengan kerap.
Baginda berkata, pelbagai provokasi yang bersifat ekstrem telah dibuat, termasuklah melalui penyebaran fitnah melalui media sosial dan penghinaan Islam dan agama-agama lain di dalam negara ini, baginda memberikan amaran bahawa perbuatan seperti ini adalah seperti memasang suatu bom yang hanya menunggu masa untuk meletup.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memperingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai berita palsu dan fitnah yang disebarkan di media sosial yang boleh merosakkan keamanan dan keselamatan negara.
Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah bertitah bahawa Islam menggalakkan keamanan dan hubungan yang baik di dalam masyarakat, yang sepatutnya ditekankan di kalangan rakyat untuk memupuk perpaduan.
Baginda berharap untuk melihat negara ini mencapai satu penghijrahan kepada semangat toleransi dan kerjasama yang lebih baik di antara rakyat yang pelbagai kaum yang merupakan kekuatan negara ini.
Sudah tentu sekali, segala kempen boikot, berita palsu, dan fitnah yang belegaran di media sosial ini berlawanan dengan penghijarahan kepada semangat toleransi, kerjasama, dan perpaduan yang dikatakan oleh baginda.
Adakah bekas Menteri Besar ini mendengar titah Yang di Pertuan Agong dan Sultan Negeri Perak dan Selangor ini?
Lim Kit Siang
Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri
Lim Kit Siang
Tue Sep 03 2019
Lim Kit Siang mendakwa, pemimpin UMNO secara terang-terangan melawan titah nasihat diraja mengenai berita palsu dan hasutan jahat dan cuba merosakkan perpaduan negara. - Gambar hiasan
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.