IPOH:Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kehebatan Islam hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, aktiviti sosial, kegiatan ekonomi dan etika berpolitik.
Sehubungan itu, titah baginda, masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan, menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.
Baginda bertitah, ia boleh dilakukan dengan tidak memberikan amanah kepada mereka yang lemah moral dan terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.
“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan, serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah Baginda.
“Kehebatan Islam hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, melalui aktiviti sosial, kegiatan ekonomi dan etika berpolitik.
“Masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam dengan tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas," titah baginda lagi.
Baginda bertitah di Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Di Pertua dan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Perak di Ipoh pada Selasa.
Sultan Nazrin bertitah, insan yang memiliki sifat-sifat takwa, akan bersifat jujur dan ikhlas apabila diamanahkan dengan tanggungjawab; dan apabila diangkat untuk memimpin, akan menjunjung amanah secara luhur dan tidak akan menodai kepercayaan yang telah diberikan.
Pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerima watikah pelantikan sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Baginda turut bertitah bahawa umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.
Titah Sultan Nazrin, agama Islam yang diamanahkan tanggungjawab kepada Raja, akan lebih terjamin dilindungi kesuciannya.
Tambahnya, peruntukan khusus mengenai Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, telah meletakkan agama Islam berada di tempat istimewa di negara ini.
“Ajaran Islam berlandaskan al-Quran dan Sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, wajib dilindungi kesuciannya daripada sebarang manipulasi.
“Hukum hakam dan tafsiran mengenai Islam tidak boleh dibenarkan untuk ditafsirkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana kumpulan hingga tergelincir daripada landasan sebenar.
“Umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, Islam yang diperuntukkan kedudukan istimewa dalam negara ini hendaklah diangkat kemuliaannya kerana ia tidak bergantung semata-mata kepada kedudukannya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Tanpa adanya pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan; laksana skrip kosong yang tidak memberikan sebarang erti dan makna.
Sehubungan itu, titah baginda, tanggungjawab memberi erti dan makna kepada frasa perundangan tersebut, terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 12 2021
Sultan Nazrin bertitah di Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Di-Pertua dan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak, AJK Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Perak. - fotoBERNAMA
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM2.5 juta
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak MAIPk di Istana Kinta.
Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Sultan Perak bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Sultan Nazrin mahu MAIPk jadi badan bertindak hijrah pemikiran, budaya ummah
Sultan Nazrin Shah mahu peranan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak hanya terbatas sebagai badan yang berorientasikan isu.