awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
08/02/2025
03:00 MYT
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di mercu tanda ikonik, Menara 188 Kuantan. - Foto Instagram/Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Pahang menjaga ukhwah antara satu sama lain tidak kira agama dan bangsa.
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda turut mendoakan agar rakyat Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa menjaga budi baik antara satu sama lain.
“Saya mendoakan semua rakyat Pahang dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa mengingatkan Negeri Pahang ini sebuah negeri yang sama-sama kita tinggal dan harus menjaga budi baik.
“Kita semua perlu menjaga ukhwah kita antara satu sama lain, tak kira sama bangsa, sama Melayu sama Cina, selagi kita tinggal di Pahang saya mengharapkan kita tinggal secara harmoni dan bersatu.
“Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, ini akan merugikan bangsa itu sendiri dan kita tidak mahu ada masalah berkaitan dengan perkauman, kita nak hidup dalam harmoni,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan agar masyarakat umum mengekalkan keharmonian yang ada sekarang dan bersyukur apa yang kita ada sekarang.
Baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di mercu tanda ikonik, Menara 188 Kuantan.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Baginda dan Tengku Hassanal disambut dengan penuh meriah hampir 400 tetamu yang terdiri daripada pemimpin negeri, ahli perniagaan dan masyarakat setempat.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menggaul Yee Sang sepanjang 50 meter bersama tetamu jemputan dan komuniti setempat sebagai tanda kepada keberkatan dan kemakmuran tahun baharu.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#ukhwah
#harmoni
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan