SIBU: Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian berkenaan berlaku di Terminal Bas Ekspres di Jalan Pahlawan kira-kira 5 petang Ahad lepas.
Mangsa yang tidak dinyatakan umurnya dikatakan telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali lalu diserang sebelum dibawa menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa.
"Polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada mangsa pada 10.29 malam hari yang sama dan bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah menahan seorang daripada suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 tahun," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dengan isteri suspek.
Disebabkan rasa marah, katanya suspek bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas telah bertindak memukul mangsa dan mengugut mangsa supaya tidak mengganggu isterinya lagi.
Zulkipli berkata suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian berkenaan berlaku di Terminal Bas Ekspres di Jalan Pahlawan kira-kira 5 petang Ahad lepas. - Gambar fail/BERNAMA
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Jangan buat spekulasi video tular lelaki diserang di Sibu - Polis
Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Kes pedofilia: Polis Kelantan panggil pelajar dan guru
Polis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan seorang pengajar melakukan aktiviti pedofilia.
Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.
Isu 3R: Polis sahkan siasat Guan Eng
PDRM mengesahkan telah menerima beberapa laporan polis dan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng, berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R.
Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin - Sepupu
Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar.
Penculikan warga Palestin: Polis nasihat orang ramai tidak timbulkan spekulasi
Orang ramai diminta untuk tidak menimbulkan spekulasi berhubung kes penculikan warga Palestin yang sudah dibawa ke mahkamah.
Cristiano Ronaldo janji dedah spekulasi masa depannya
Bintang berusia 37 tahun itu buat pertama kali tampak kurang berminat memberi komitmen terhadap kariernya.
Keluarga mangsa disantuni, henti sebar spekulasi - TUDM
Tan Sri Ackbal Abdul Samad hadir bagi bertemu dan menyantuni waris-waris anggota di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching.
Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'
Kane menjadi tajuk utama apabila tidak melapor diri untuk sesi latihan bersama Spurs.
Spekulasi perpindahan: PSG, City jadi destinasi pilihan Messi?
Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City dikhabarkan akan menjadi pilihan utama buat Messi.