awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM

Bernama
Bernama
04/10/2023
15:28 MYT
Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM
TUDM mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok (5 Okt).
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melaksanakan persiapan bagi Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut yang akan berlangsung pada 10 Oktober dengan persembahan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM.
Menurut kenyataan itu, ia akan melibatkan penerbangan taktikal paras rendah beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter milik ATM, disertai demonstrasi melibatkan bahan letupan.
Raptai atau latihan bagi persiapan acara ini akan bermula esok.
Sementara itu, orang ramai turut dijemput ke Karnival Hari ATM 2023 di Pangkalan TLDM Lumut pada 13 hingga 15 Oktober dengan pelbagai aktiviti serta pameran ditampilkan, yang melibatkan cabang Darat, Laut dan Udara dalam ATM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#pesawat terbang rendah
#lumut
#Sitiawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan