TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan pemimpin atau ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini supaya jangan hanya memikirkan soal untuk mendapatkan projek sahaja apabila dilantik ke jawatan itu.
Beliau berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Menurutnya pengerusi dan ahli JKKK juga perlu sentiasa menjalankan perancangan strategik, menunjukkan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat sekali gus membangunkan kawasan masing-masing.
"Saya perlukan JKKK yang aktif serta komited dalam membuat perancangan dan melaksanakan program atau projek di kampung, di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. Pengerusi dan ahli JKKK perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing.
"Sampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat," katanya berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan (2023-2025) kepada JKKK bagi Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Pantai Dalit di sini hari ini.
Beliau berkata antara tugas utama JKKK adalah menjalinkan hubungan erat dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selain membantu kerajaan menyebarluaskan dasar serta pembangunan yang sudah dibawa dan akan dilaksanakan di negeri ini, khususnya inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Menurut Hajiji peranan dan fungsi JKKK sejak ditubuhkan pada 1962 terus relevan hingga ke hari ini, khususnya sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Peruntukan untuk projek yang diumum dalam Belanjawan 2024 diagih awal - PM
Penyaluran peruntukan yang pantas adalah bagi mempercepat projek tanpa perlu menunggu lebih lama untuk pelaksanaan yang berterusan.
Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.
Jawatankuasa khas pantau pelaburan dari China diputuskan esok - PM Anwar
Beliau yakin pihak MITI, MIDA dan MATRADE mampu menyelenggarakan agar pelabur lebih yakin dengan keupayaan negara.
Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.
Kerajaan Sarawak lulus RM1.5 bilion projek IRSDA di Samarahan
Kerajaan Sarawak telah meluluskan 608 projek di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, setakat ini.
Penduduk gesa Sungai Langat terus diselenggara
Penduduk menggesa projek mendalam dan melebar Sungai Langat diteruskan untuk mengatasi masalah banjir.
Integrasi antara kementerian patut ada untuk selesaikan pelbagai isu bersama - Pakar
Sesuatu projek pembangunan itu seharusnya dapat menyelesaikan beberapa isu sekaligus di bawah tadbir urus yang lebih bersepadu dan cekap.
Projek Pan Borneo: Jalan Tawau-Semporna disambung semula
Pembinaan jalan tersebut turut memberikan manfaat kepada penduduk di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.