Orang Islam di negara ini dinasihati agar tidak gusar dengan pelantikan tiga individu bukan Islam dalam badan kehakiman sambil meletakkan keyakinan penuh terhadap kerajaan.
Naib Presiden Parti Amanah, Dr Hasan Baharom berkata, rakyat wajar mengambil kira isu senioriti individu berkenaan dalam bidang tersebut berbanding hanya memikirkan tugas dan tanggungjawab penting perlu diterajui orang Melayu.
Menurutnya, kebimbingan rakyat ini boleh diatasi dengan meletakkan kepercayaan kepada kerajaan yang mempunyai kawalan-kawalan tertentu berhubung pelbagai isu.
"Kita melihat kepada yang pertamanya, senioriti, yang berhak diberi keutamaan. Kalau dia berhak, walaupun dia bukan Islam, tetapi dia rakyat Malaysia yang patuh dan taat kepada Perlembagaan, tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.
"Sampai bila kita nak masyarakat kita hidup dalam perkauman? Jangan ingat orang Melayu sahaja boleh mentadbir dan mengurus. Orang lain (bukan Melayu) pun boleh. Perkara seperti ini menyebabkan kita tidak boleh menyelesaikan masalah kaum, walaupun telah merdeka 60 tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan pada Khamis melahirkan keresahan susulan pelantikan tiga figura mengepalai sektor kehakiman di negara ini.
Beliau mempersoalkan apakah masih ada harapan rakyat, khususnya umat Islam, untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini, khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.
Merujuk pelantikan Datuk Liew Vui Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal undang-undang), Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Pas menyifatkan tiga serangkai itu sangat membimbangkan umat Islam.
Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan, rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu, sebelum ini dilihat mempunyai corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam.
Mengulas perkara tersebut, Hasan bagaimanapun tidak menolak wujud kebimbangan mengenai isu berkenaan, namun beliau memohon rakyat agar lebih rasional dari sudut kenegaraan.
Sinar Harian
Fri Jul 13 2018
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengurniakan Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Tan Sri Richard Malanjum di Istana Negara, Kuala Lumpur, 11 Julai, 2018. --fotoBERNAMA / Fail
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.