awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
02/12/2019
09:26 MYT
Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Menurut Anwar, beliau sedar isu berkenaan mencetuskan sensitiviti dalam kalangan keluarga tentera dan polis yang telah berkorban untuk memperjuangkan kedaulatan negara. - Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.
Menurut Anwar, beliau sedar isu berkenaan mencetuskan sensitiviti dalam kalangan keluarga tentera dan polis yang telah berkorban untuk memperjuangkan kedaulatan negara.
Bagaimanapun, keamanan sudah lama dicapai oleh negara khususnya selepas Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989 yang diusahakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Itu (isu abu Chin Peng) disiasat oleh polis, saya ambil pendirian lunak. Saya tahu sejarah, masalah kekejaman, tahu perlawanan, tahu sensitiviti tentera dan polis tetapi juga tahu kita sudah capai perdamaian.
"(Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad juga teruskan(hubungan baik dengan China) dan saya pun berjumpa Parti Komunis China. Jadi saya tidak fikir soal abu mayat itu harus jadi terlalu hangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen pada Isnin.
BACA: 'Ibu dirodok dengan lembing!' - Kisah pilu ahli keluarga dibunuh komunis depan mata BACA: Kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia - Muhyiddin
Isu abu Chin Peng menjadi perdebatan panjang dalam kalangan rakyat Malaysia apabila dibawa pulang untuk ditabur ke laut behrampiran perairan Lumut serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Abu mendiang Chin Peng berkenaan dibawa pulang pada 16 September lalu selepas enam tahun berada di “perantauan”.
Mendiang Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924 dan tinggal dalam buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai 1989.
Topic Berkaitan
#abu Chin Peng
#Anwar Ibrahim
#Chin Peng
#jangan hangatkan isu
#Parti Komunis Malaysia
#Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan