MUAR: Waris wira yang terkorban dalam serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong, di sini, mengharapkan agar peristiwa 'berdarah' itu dikenang setiap masa dan bukan 'bermusim' sahaja.
Fatin Amalina Abd Wahab, 29, yang merupakan cucu kepada seorang daripada anggota polis yang terkorban, berkata meskipun datuknya 'gugur' dalam serang hendap itu namun semangat juang yang tinggi anggota keselamatan ketika itu disifatkan sebagai satu kemenangan dari segi mental.
Dia yang merupakan cucu kepada Allahyarham Konstabel Polis (PC) Abu Bakar Daud berkata kebiasaannya orang ramai akan mula mengambil kisah mengenainya hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Memperingati Tragedi Bukit Kepong pada setiap 23 Februari.
"Perkara ini menjadi kebimbangan setelah kita lihat generasi kini semakin 'kabur' dan hilang penghayatan sejarah, malah kadangkala tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka dan apa kaitannya dengan sejarah.
"Sejarah adalah fakta bukan hanya sekadar suatu penceritaan umum, sebaliknya berasaskan pelbagai bukti, kajian dan penyelidikan dan bukannya 'hero' yang diwujudkan dalam filem-filem fiksyen yang digemari generasi kini," katanya ketika ditemui di Majlis Tahlil Dan Memperingati Peristiwa Bukit Kepong di Galeri Bukit Kepong di Muar, di sini, hari ini.
Tambah Fatin Amalina, dia berpendapat masyarakat kini seharusnya perlu mengambil tahu serta pandai mengolah dalam penceritaan agar mampu menarik minat generasi muda terhadap pengorbanan pasukan keselamatan.
"Peristiwa Bukit Kepong adalah antara contoh penting dalam sejarah negara (tentang) betapa tingginya pengorbanan anggota polis dan ahli keluarga mereka dalam menghadapi ancaman komunis.
"Ibu saya, Jamilah Abu Bakar yang merupakan saksi hidup kejadian itu selalu menceritakan keadaan balai polis itu ketika diserang komunis semasa umurnya enam tahun," katanya.
Jamilah, 79, yang antara 10 saksi hidup kejadian itu, berjaya mengaburi mata komunis apabila menyamar seolah-olah sudah mati ketika ditembak musuh pada kejadian itu.
Beliau yang kini sudah berkerusi roda, menjadi satu-satunya mangsa peristiwa berdarah itu, yang masih hidup sehingga sekarang.
Sementara Itu, Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata pihaknya amat menghargai jasa anggota polis serta penduduk sekitar yang terkorban dalam usaha melawan pengganas komunis ketika Itu.
"Saya berharap pengorbanan mereka dalam tragedi itu tidak sia-sia dan tidak dilupakan generasi kini sekali gus dijadikan pembakar semangat untuk dicontohi," katanya ketika berucap mewakili Ketua Polis Johor pada majlis itu.
Dalam tragedi yang berlaku pada 2.30 pagi, 23 Februari1950 itu, segerombolan pengganas komunis telah menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 anggota polis termasuk ahli keluarga mereka dan orang awam.
-- BERNAMA/Kamarul Halim M kamal
Bernama
Thu Feb 23 2023
Waris wira yang terkorban dalam serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong mengharapkan agar peristiwa 'berdarah' itu dikenang setiap masa. - Bernama
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
#PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950)
25 nyawa gugur mempertahankan Balai Polis tersebut selepas 5 jam bertempur dengan 180 anggota gerila Parti Komunis Malaya (PKM).
Dr Mahathir bertemu MB Johor
Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu dalam isu komunis Bukit Kepong.
5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak menyenaraikan lima filem patriotik wajib tonton!
'Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman
Usaha membaikpulih filem lama seperti yang dibuat ke atas filem Bukit Kepong oleh United Studios sepatutnya dibuat dari 10 tahun dahulu.
Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD
Negatif filem Bukit Kepong ketika diterima oleh syarikat Prodigital Lab diakui berada dalam keadaan melekat dan tidak boleh diimbas.