KUCHING: Peniaga diberi amaran untuk tidak menjadikan perang yang meletus di antara Rusia dan Ukraine sejak semalam, sebagai alasan untuk menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun dari segi prinsip ekonomi, insiden peperangan boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik, kesan kenaikan ini tidak semestinya berlaku mendadak seluruh dunia.
"Saya beri amaran di sini, kita pada bila-bila masa sahaja boleh menggunakan Akta Pencatutan 2011. Ada peperangankah, tak ada peperangankah, kita gunakan Akta ini kerana sesiapa sahaja yang berniaga mestilah beretika. Kalau (harga) naik itu munasabah, kita okay," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan jualan kit RTK COVID-19 dan logam berharga di sini, beliau berkata dari pengalaman lepas memang diakui insiden peperangan melibatkan negara pengeluar minyak seperti Rusia dan Ukraine, boleh membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
"Tapi janganlah peniaga ambil kesempatan. Perang baru sahaja bermula dan mereka (peniaga) sudah pun menaikkan harga barang atas alasan harga minyak naik. Itu kita tegurlah dan kita akan ambil tindakan," katanya.
KRISIS RUSIA-UKRAINE:APA ANDA PERLU TAHU SETAKAT INI
Nanta berkata Malaysia tidak terkecuali dari merasai tempias dari konflik Rusia-Ukraine ini, yang menjadi pembekal makanan ayam ke Malaysia selain Argentina dan Brazil.
Sebagai langkah awal, beliau berkata kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta sebagai langkah untuk mengawal harga runcit ayam standard dan super, selain telur ayam gred A, B dan C.
Menyentuh isu bekalan kit RTK COVID-19, beliau berkata sejumlah 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran untuk menjual kit yang diiktiraf Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, bagi memudahkannya diperolehi orang ramai.
Menurutnya lapan pengilang tempatan telah mendapat kebenaran bersyarat untuk mengeluarkan sebanyak 4.306 juta unit kit berkenaan, selain mengimport 2.34 juta unit lagi dari tujuh buah negara bagi memastikan bekalannya mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Nanta berkata Malaysia tidak terkecuali dari merasai tempias dari konflik Rusia-Ukraine ini, yang menjadi pembekal makanan ayam ke Malaysia selain Argentina dan Brazil. - Foto Reuters
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
OIC kutuk serangan pengganas bersenjata di Rusia
Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas bersenjata di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.