awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan lupakan detik-detik perpaduan negara' - Anas Zubedy

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/08/2015
14:04 MYT
'Jangan lupakan detik-detik perpaduan negara' - Anas Zubedy
Kempen #Saysomethingnice tahun ini bertemakan 'Mencipta Jutaan Detik Perpaduan' diadakan dengan kerjasama Inti International College. Tan Sri Joseph Kurup (tengah) merasmikan majlis tersebut - Foto Astro AWANI
Walaupun negara kini diuji pelbagai isu yang boleh menggugat keharmonian, masyarakat dinasihatkan tidak melupakan detik-detik perpaduan negara.
Itu antara nasihat pengasas kempen #SaySomethingNice, Anas Zubedy menjelang sambutan kemerdekaan tahun ini.
Anas berkata perpaduan merupakan satu proses yang berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.
"Rakyat Malaysia mesti tahu, kita perlu meluangkan masa melihat perkara yang boleh membuatkan kita gembira.
“Misalnya dalam sebuah keluarga tak ada duit, tak bermakna kita tak boleh ketawa. Begitu juga dengan tekanan ekonomi, jangan disebabkan itu menyebabkan semua benda tak boleh buat," kata Anas dalam sidang media selepas majlis pelancaran kempen #SaySomethingNice 2015 di sini, hari ini.
Dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, kempen #Saysomethingnice tahun ini bertemakan 'Mencipta Jutaan Detik Perpaduan' diadakan dengan kerjasama Inti International College.
Kempen berlangsung selama 17 hari bermula 31 Ogos sehingga 16 September ini.
Topic Berkaitan
##SaySomethingNice
#Anas Zubedy
#Mencipta Jutaan Detik Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan